Jangan fikir 2 tahun sebagai 2 tahun sebaliknya fikirlah 2 tahun itu sebagai 2 hari.
Rushing sungguh aku , macam2 nak dikerjakan.
Planning? Schedule? bertukar ganti.
Tahun? Hari? Jam?
Sama sahaja jangka waktunya.
Cepat.
Tapi dalam kepantasan tu, akan ada sesuatu yg buat kau rasa masa lambat berlalu.
Pada aku? Adalah seseorang yang sejak pertama kali terpandang,hati aku rasa lambat.
Ini bukan cinta.
Ini bukan suka.
Ini kisah hormatnya aku pada dia.
Syukur. Ak dikurniakan 6th sense yg agak kuat. Apa yg aku detikkan, itulh yg selalu berlaku.
Bukan psikik,tapi lebih kepada bijak menganalisis keadaan dan kebiasaan sesuatu.
Jadi aku perhati cara die bercakap, cara dia bersosial dgn kami, segalanya.
Terus aku tahu, die seorang yang bukan calang.
Tapi, Aku biarkan 6th sense aku dgn details2 terperincinya ketepi.
Malas nak difikirkan sebab?
Banyak lagi urusan duniawi nak disudahkan nanti.
Tapi.
Rasa hormat aku pada dia,sungguhpun dia muda, sangatlah tinggi. Aku sedar dia ni banyak lagi personaliti yang belum dikenali. Aku sedar dia ni istimewa, ilmu tinggi dan tak lokek berkongsi.
Sebab?
6th sense lah.
Tapi 6th sense aku pernah sekali sekala salah.
Tahun berganti, aku selalu terserempak dengan golongan yang meng-admire dia.
Dalam diam "oh, banyak peminat rupanya."
Memang wajar. Dia mahal di mindanya.
Kelas A, kata aku.
Hairan. Mengapa Allah selalu simpangkan perihal aku dengan berita2 tentang dia?
Sedangkan berjumpa pun tidak, terserempak pun jarang, berborak apatah lagi.
Tapi, aku teliti cakap orang.
Ya. Memang. Dia patut di-admire.
Aku senyum sendiri.
Pernah sekali, aku tak puas hati tentang rumours orang merendahkan darjat pendidikan dia.
Bagi aku, mempersoalkan darjat pendidikan itu kurang ajar.
Sekalipun dia hina dina, kalau ada satu ilmu pun yang berguna, yang dia sampaikan, dialah cikgu, guru pada aku.
Habis belajar, aku ketemu dia, terus bertanya, dia senyum, soalan aku terjawab.
Aku lega.
Aku tanya dia bukan sebab nak mengiyakan cakap2 umum
" siapa dia nak ajar aku sedangkan level die cmtu?"
Tapi aku tanya sebab aku bertambah tambah hormat pada dia.
"Siapa dia ni sebenarnya, baru level begitu dah bergelar guru? Mesti dia dah melakukan sesuatu yang hebat smpai diangkat martabat?"
6th sense aku betul.
Aku korek2 info, sungguh, memang hebat.
"Aku kena jadi macam dia. Lebih hebat dari dia."
Aku selalu fikir, kalau aku rapat dengan dia, tentulah belambak ilmu ilmu dapat aku gali.
Banyak benda aku listkan nak ditanya tapi belum ada rezeki.
Aku suka berkawan dengan "kamus bergerak" ni. Kihkihkih.
Selain dapat tempias good habits, orang begini selalu bukakan minda aku dan very very inspiring.
Their experiences is more worthy than gold and rare diamond.
Their behavior and habits always have values that i should pick.
Dan masa pun berlalu.
Ada kala kami terserempak.
Aku tak pernah tak tertunduk hormat pada dia.
Normal reflex action kalau jumpa dia.
Kenapa?
Aku boleh cakap entah tapi aku nak cakap, yang makin hari aku makin admire dia, hormat aku makin tinggi nilainya.
Sampai sekarang, dia tak mungkin tahu betapa aku jatuh hati dengan peribadi dia.
Dari jauh, dia sangat menyenangkan.
Kejayaan dia, struggle dia, keazaman dia dan bukti2 pencapaian dia always bg aku motivation.
Pernah.
Bila aku sekelumit pun tak teringat pada dia, dia hadir dalam mimpi.
Mimpi ni aku tak percaya sangat. Bahaya.
Syaitan tu ada je cara.
Tapi, mimpi2 dulu betul2 terasa nyata.
Wallahu.
Allah lebih tahu.
Dan bila terjaga? Maka? Cari tahu lah apa macam dia sekarang? Apakah perkembangan? Ada berita2 baik kah yang boleh aku tumpang syukur?
Selalu.
Ada ja.
Kan dah kata.
Orang hebat2 mana pergi ukir nama, bahas apa pun, bawa pulang piala.
Aku bangga.
Panjang kata,
Encik is Someone i look up to.
My idole.
Tak apa Encik rasa Encik tak layak, sebab ini hidup saya.
Saya cari sumber kekuatan dengan cara saya.
Tak kan salah percaturan Allah tu menemukan kita sebab sekarang saya tahu, kejayaan Encik ni betul2 membuka mata saya.
Semoga Encik sentiasa berada di bawah lembayung Ar-Rahman Nur Rahim hendaknya.
No comments:
Post a Comment