Pendosa zaman Rasulallah banyaknya memusuhi Islam. Ada yang kafir, munafik, kufur nikmat dan semua penuh kepura-puraan.
---
Mereka membisikkan kata-kata kejahatan dan maksiat kepada Rasul-rasul, kemudian memberi salam dengan salam yang bukan diajarkan Allah lalu berkata "Mengapa Allah tidak menghukum kita atas apa yang telah kita cakapkan tadi?"
---
Sungguh, Neraka Jahannam adalah seburuk-buruk tempat kembali. Jika bukan kerana telah ada batas waktu yang ditetapkan Allah kepada tiap-tiap hamba-Nya sudah tentu hukuman mereka dilaksanakan pada masa itu juga namun Allah Lagi Maha Mengetahui lagi Maha Pengampun.
---
Kalaulah kita yang berada dalam situasi begitu cuma bezanya zaman sekarang, sudah tentu hancur bumi ini dengan dosa kita yang tak sudah. Sekali berbuat dosa, terus dihukum Allah. Sekali melawan mak, terus kena hentam. Dah confirm semua orang beriman dengan Allah tanpa berbahas apa pun.Tapi Allah bukanlah begitu. Ada pendosa yang Allah balas dosa right away tapi banyak yang Allah tangguh waktu kerana Allah lagi Maha Tahu keadaan hamba-hamba-Nya.
---
Kita kena sedar kita ni memang melakukan dosa non-stop selagi kita hidup. Jadi ambillah pengajaran dari dosa-dosa kita sendiri untuk kembali ke pangkal jalan.
Jangan nanti sudah diusung baru nak terngadah.
Bacalah Al-Quran kerana didalamnya ada semua pedoman hidup dan guidelines dari kisah-kisah terdahulu yang sama macam kita. Baik buruknya lebih kurang sama macam kita.
Bacalah Quran dan ambillah kata-kata taubat para Nabi dan Rasul dan amalkanlah dalam penghijrahan kita ni. Walau Allah mungkin belum lagi balas dosa kita right away tak kan lah nak menunggu hukuman Allah tanpa taubat? USAHALAH BERTAUBAT!
---
Tangguh waktu yang Allah bagi adalah untuk bertaubat. Untuk berhenti melakukan dosa dan kejahatan, untuk kembali kepada jalan Allah, untuk mengenal kebesaran-Nya dan merebut keampunan-Nya. Bukan lagi banyak mengumpul dosa!
---
Sekalipun masa berbaki sikit atau banyak, ajal bukan benda main-main. Betapa ramai orang dalam kubur merayu nak dihidupkan kembali ke dunia meskipun sesaat sahaja. Sesaat? Apa nak dibuat dalam sesaat? Tapi lihatlah! Terdesaknya pendosa-dosa lampau, helpless.
Tapi dah dalam sana, no turning back anymore.
Sayang.
---
Jadi ingat tangguh masa Allah bagi ni bukan hal "nanti dulu, malam masih muda.." lagi.
Muda-muda pun mati. Tua-tua pun mati. Semalam lahir hari ni mati. Pun ada.
Jadi tak ada satu hari pun yang berlalu dalam hidup kita yang kita jadi muda balik. Semuanya sebaliknya.
Maka hargailah tangguh waktu Allah.
Bertaubat nasuhalah kepada Allah.
Janganlah kembali ke jalan neraka kerana banyak jalan neraka ada atas dunia ni 'indah-indah' belaka.
Dan semua jalan ke syurga atas dunia ni 'suram-suram' belaka namun akal kan ada.
Fikirlah!
No comments:
Post a Comment