Thursday, 10 November 2016

Iman boleh berdiri sendiri tanpa logik tapi logik takkan mampu berdiri tanpa iman

Iman boleh berdiri sendiri tanpa logik atau dengan logik sebab Iman Islam itu datangnya terus dari Allah Taala. Macam Allah Taala meniupkan roh Nabi Isa Alaihisalam kedalam rahim Mayram Radiallahuanhu. Bila kita benar-benar beriman kepada Allah, kita mesti mengakui bahawa ianya betul. Nabi Isa lahir tanpa bapa. Itu adalah satu mukjizat bagi Baginda dan bukti agung kemampuan Zat Allah Taala. Kita tak perlu mencari 'logik' pun disebalik kisah ini sebab kita tak kan mampu. Terlalu banyak kes sains yang masih mengelirukan manusia dan pakar-pajar, sehinggalah kita buntu akal bagaimana benda yang dihadapan mata kita,yang boleh disentuh, dispesimenkan, dikaji itu pun kita tak mampu nak fikir logik sebab musababnya berlaku, inikan pula benda yang jauh lepas dan diluar kemampuan akal manusia?

---

Manusia, sedarlah. Jika logik kisah Maryam itu dikata Nabi Isa sebagai anak Tuhan sedangkan Baginda sendiri berkali-kali MENAFIKANNYA, dan sedangkan dalam Kitab Bible mereka itu juga, ditulis bahawa Nabi Isa tidak pernah claim divinity terhadap dirinya, jadi apa pegangan mereka sebenarnya? Mereka kata beriman kepada kitab tapi cara hidup mereka bertentangan dengan kitab mereka sekalipun mereka yang telah mengubahsuainya. Lihatlah. Apabila Allah berkata-kata, sekalipun Nabi utusan-Nya berkata-kata memberi bukti demi bukti  mengikut kehendak mereka namun bila sampai segala bukti mereka tetap juga tidak beriman. Yang benarnya, mereka hanya menulikan telinga dan mati hatinya. Mereka hanya mahukan provokasi dan bukannya penjelasan. Mereka tidak mahu berfikir sekalipun dengan adanya logik, jawapan benar, bukti sains. Jadi benarkan, logik saja tak kuat nak hidup sendiri. Logik saja tak mampu defend diri sendiri sebab logik akal tanpa iman banyak datangnya dari MANUSIA. So berapa ramai manusia yang tak beriman dengan sebenar-benar iman di dunia ini  debating about this case, dengan each person bagi opinion logik masing-masing. Dengan ayat, "...i think...". Well, your "i think" alone cannot beat Allah abilities man. Even your body is created by Allah. We cannot even study about soul, souls in our very own bodies! We don't know what it looks like, how much its weigh, whats the taste,whats the color, whats the form and shape,whats is in its mass? We don't know that very own thing inside ourselves yet we are busy debating with Allah on how He can created a soul without men intervention?

---

Bahasa kasarnya, "mind your own business". Banyak lagi yang boleh dikaji dan dipelajari dalam Quran dan disekeliling kita. Kalau ikutkan logik semata-mata manusia boleh jadi GILA sebab terlalu banyak kemungkinan can be derived endlessly. Kita human ada limit tertentu that we cannot go beyond that or else, all wires just 🌋.

---

Dengan adanya keimanan, Allah bagi guidelines untuk semuanya- every single thing. Kau nak belajar nak menuntut ilmu, go ahead. Tapi kena beriman sebab Allah dah tahu ada benda tak ada sesiapa mampu "logicalize" kan so percaya pada Allah Taala. Tu fungsi Iman dalam Islam. As guidelines for us to run this life parallelly with logics and illogics in life. IMAN KEPADA ALLAH. SANGATLAH PENTING. The only key to survive on this Earth and to win at Thereafter.

---

Jadi ingat!

Iman itu datangnya direct dari Allah Taala. Direct dari Allah Taala ni besar maknanya dan powernya. So Iman boleh berdiri sendiri sekalipun tanpa sokongan logik Tetapi logik-logik manusia tu tak kan mampu berdiri sendiri melainkan dengan Iman dan Hidayah dari Allah Taala, yang Maha Esa lagi Maha Agung!

---

Sekian at 1:39am.

No comments:

Post a Comment